BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM....
YA ALLAH YA TUHANKU,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI BAHAWA KAMI AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN YANG MENENTUKAN KEJAYAAN DALAM MEDAN PERJUANGAN KAMI.
KAMI MENYEDARI BAHAWA SEGALA USAHA YANG KAMI LAKUKAN ADALAH DIBAWAH KEKUASAAN DAN IRADATMU JUA.
JUSTERU...KAMI MOHON PADAMU BERIKANLAH TAUFIK DAN HIDAYAHMU.
KUATKANLAH INGATAN DAN JANGANLAH LUPAKANNYA.
LAPANGKANLAH DADA KAMI DAN JANGANLAH ENGKAU SEMPITKANNYA.
PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI DAN JANGANLAH ENGKAU PERSULITKAN.
ALLAHUMMA YA RAHMAN YA RAHIM
HANYA PADAMU KAMI MOHON.
KURNIAKANLAH KEJAYAAN KEPADA KAMI DENGAN KETINGGIAN DAN KECEMERLANGAN.
JADIKANLAH KAMI GOLONGAN HAMBAMU YANG MENDAPAT KEMULIAANMU DI DUNIA DAN DIAKHIRAT.
PANJANGKANLAH USIA KAMI DENGAN AMALAN TAAT KEPADAMU DAN SUKA BERBAKTI KEPADA AGAMAMU SERTA BERJASA KEPADA BANGSA DAN NEGARA.
AMIN...AMIN...AMIN...YA RABBAL `ALAMIN....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan